Ayat Power Agent Kepada Prospek Pelanggan

Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang alang jadi agent insurance biar sampai jadi MDRT

Alang alang dah masuk business insurance, biar sampai jadi jadi legend

Nak jadi Agent Power, kena berani cakap terus terang, kadang kadang prospek kita tak berapa faham “ayat berlapik” ni, kena ” straight to the point”.  Jadi antara ayat ayat power yang boleh anda guna adalah :

  1. Jika gaji bulan lepas adalah nafkah terakhir yang akan anda berikan kepada anak bini anda, berapakah jumlahnya?
  2. Jika anda ke pejabat anda semalam dan anda tidak pulang lagi ke pangkuan anak bini anda, dengan kata lain, anda meninggal semalam, adakah anda mahu tinggalkan duit atau hanya photo album?
  3. Dalam kehidupan kita, bila kita semua meninggal suatu hari nanti, kita akan diingati dengan 2 perkara, satunya, apa perkara paling baik kita pernah lakukan atau yang keduanya, apa perkara yang kita gagal?
  4. Pernah anda terfikir, 5 tahun selepas kematian mengejut anda, apa yang akan keluarga anda akan katakan / sembangkan tentang diri anda?
  5. Jika anda terlupa bernafas semalam, adakah pendapatan bulanan anda akan berterusan?
  6. Apa kegunaan ATM ( Autoteller Machine )? Siapa ATM ( Autoteller Machine ) keluarga anda?
  7. Dalam kehidupan kita, penyakit dan kemalangan adalah seperti “iceberg”, kematian dan menjadi tua adalah seperti “iceberg” yang anda tak boleh elak, bolehkah anda nafikan ianya tak akan berlaku kepada anda?

Saya memahami perasaan anda, hampir semua pelanggan saya mempunyai perasaan yang serupa dengan anda, sehingga mereka berjumpa dengan saya….

We are your best agent.

Tinggalkan komen