Korban Untuk Kejayaan ( K.U.K )

Nak kan sesuatu, kita perlu berkorban… pernah dengar kata kata ni?? sudah tentu ramai yang dah dengar, tapi kalau ramai yang pernah mendengar dan tahu, kata kata ini, kenapa ramai yang belum berjaya? kenapa ramai yang tidak berjaya?

Di dalam entrepreneur program Khalifah Group, kami sentiasa di tekankan dengan “Success have prices – Kejayaan ada harganya”, persoalannya berapa harga yang kita sanggup bayar untuk kejayaan kita? inilah yang dikatakan, pengorbanan yang perlu kita lakukan.

Sacrifice means spending less time on entertainment and more time on improving your life and family

Pengorbanan untuk kejayaan , mungkin dari :

Masa, kita perlu berkorban masa. di waktu waktu awal penglibatan saya di dalam entrepreneur program ni, banyak sangat masa yang saya korbankan, Hampir keseluruhan masa yang saya ada, saya peruntukkan untuk mencari jualan yang baru, melakukan perkhidmatan kepada pelanggan, mesyuarat dengan leader leader, mencari dan menambah bilangan prospek untuk dihubungi, belajar dan berlatih skill skil baru, yang saya boleh katakan, hampir keseluruhan masa yang saya ada pawa ketika itu, saya terpaksa gunakan untuk urusan menguatkan business saya. Ad setengah leader yang berjaya pernah berkata, untuk success dalam business ini, anda umpama “berkahwin” dengan business ni.

Melabur, banyak juga wang ringgit yang perlu di laburkan, mungkin pelaburan dalam bentuk mendapatkan ilmu, menghadiri seminar ( selain masa yang diperlukan, ada juga seminar yang perlukan bayaran ), mungkin wang ringgit di gunakan untuk “service” pelanggan, wang ringgit juga perlu di korbankan untuk kos kos “travel outstation”.

The first business asset you should invest in is yourself – Orrin Wordward

Pengorbanan perasaan, ini antara pengorbanan yang pada mulanya sukar sangat untuk saya lakukan, saya korbankan perasaan takut kehilangan kawan, perasaan risau kawan mengatakan saya akan mempergunakan mereka, perasaan malu nak merendahkan diri, seolah olah saya meminta minta, perasaan takut orang tak layan, perasaan takut kena “reject” atau takut gagal dan segala macam perasaan yang hanya saya yang “membuat andaian” yang belum tentu orang atau kawan yang saya “approach” akan lakukan.

what people say is not important, what we think about what people say is much important

Jika kita dah sayang dengan apa yang kita lakukan, pastinya kita akan berkorban untuknya.

Love is not possible without sacrifice and sacrifice is not possible without love

 

 

 

Tinggalkan komen