2MDA di tahun Dua Puluh Lima Belas

Sekejap saja lagi, kita akan mengakhiri tahun dua puluh #15, sepanjang 365 hari kitabdi tahun dua puluh #15, berbagai cerita dan pengalaman yang kita tempuhi, ada masa hujan, ada masa kering, ada masa berangin, ada masa nyaman, ada masa suka dan duka. Walau apapun cerita dan pengalaman kita di tahun dua puluh #15, kita kena redha dan kita sama sama ambil iktibar , jadikan cerita dan pengalaman kita tadi, sebagai satu rujukan untuk kita tempuhi tahun dua puluh #16.

Tahun dua puluh 15 menyaksikan JR SEVEN & ASSOCIATES telah berjaya mencapai status 2 Million Dollar Agency ( 2MDA ), dengan izin dariNYA, hasil usaha kita tanpa merasa putus asa, sokongan dari group SUBARASHI terutamanya dan restu dari keluarga kita masing masing, alhamdulillah kita telah melangkah selangkah lebih ke depan dari yang lain.

Kejayaan 2MDA JR SEVEN & ASSOCIATES , tahun dua puluh 15 ini adalah kejayaan kita semua, walau sekecil mana pun sumbangan kita, semuanya di kira. Terima kasih dan tahniah kepada anda semua terutamanya kepada JR SEVEN & ASSOCIATES.

Kita menyaksikan Hanifah yang tercedera dengan sakit belakangnya pada tahun ini, Junaidi yang cuba menyesuaikan diri selepas berhenti dengan syarikat minyaknya, Adib yang menamatkan zaman bujangnya dan tambahan ilmunya, Ihsan yang menguatkan kumpulannya, Redzuan yang menjadi suami kekasih hatinya, Syahnon yang berhempas dengan task barunya, Afiq yang mencari restu ibunya, Johnney yang menimang cahaya pertamanya, Lyza yang mencari rentaknya, Adam Clifton dengan usahanya, Zaki dengan kesungguhannya, Shaqeel dengan fokus barunya menjadi full time, Ammar dengan fighting spirit nya, Sofian dengan perancangan kewangan barunya, Shahrizal yang membuat keputusan untuk full time nya, Sahimin dengan keazamannya, Yanti dengan semangat barunya, Feera yang berani, Hirman dengan ketekunannya, Shahfri yang bersemangat wajanya, Amir yang mencari rentaknya, Muiz yang mencari formulanya… Ramai lagi yang tak mampu saya sebutkan, yang membantu dalam kejayaan 2 MDA JR SEVEN ASSOCIATES ini, tak di lupakan Umie yang membantunya, Harith dan sensei Fakhrul yang sentiasa mengajarnya.

Insyaallah , persepakatan dan semangat untuk bersama team / teamwork ini akan kita teruskan supaya tahun dua puluh #16 akan menjadi lebih bernilai lagi untuk kita semua.

JR SEVEN HOME OF CHAMPION – Member of Khalifah Group

akan melahirkan lebih ramai champion di tahun dua puluh 16, dengan mission nya yang tersendiri #7016.

IMG_6136

Mengenali Hidup Lebih Bermakna

Untuk mencapai sesuatu impian , selalu kita dengar kita kena memastikan impian kita itu bermakna bukan sahaja kepada kita, tetapi kepada orang lain. Macammana kita hendaka mengenali tujuan hidup kita itu bermakna atau tidak?

  1. selalu tanya pada diri kita, apa yang orang lain kat berkenaan dengan diri anda, apabila mereka memerlukan bantuan anda atau pun mahukan penglibatan anda?
  2. tanyakan pada diri anda, mana satukah antara kebolehan anda yang di iktiraf oleh rakan rakan anda?
  3. tanyakan pada diri anda, apakah aktiviti yang sangat memberi kepuasan dan kegembiraan kepada anda?
  4. macammana caranya anda berkelakuan apabila anda merasa puas dan gembira.
  5. mula lakukan “quicksteps” untuk merealisasikan segala tujuan hidup anda.

This Business Is Like A Marathon, Not A Sprint!

Sharing ini adalah dari Tuan Nik Azlan – Top Unit Manager NationWide 2014.

Beliau memulakan kerjaya insurance secara part time selama hampir 6 bulan sahaja pada tahun 2014, walaupun permulaan 2 tahun pertama  beliau hanya sekadar biasa biasa saja ( kata beliau ), tetapi beliau membulatkan tekad, matlamat untuk menjadi yang terbaik pada tahun tahun berikutnya. Dengan semangat yang tinggi, kepercayaan kepada diri sendiri yang kuat, beliau berjaya mencapai taraf MDRT pada tahun 2009, 2010 dan 2011, satu pencapaian yang sangat tinggi bagi seseorang yang bergelar agent insurance.

Ketika menceritakan bagaimana, beliau memasang niat untuk mencapai MDRT, katanya ” I want to be MDRT, because I want to give value to others, give meaning to your life and others ”

Jadi carilah sebab yang kuat, kenapa kita harus berjaya.IMG_3763

Berbaju kuning tu , Tuan Nik Azlan – Top Unit Manager 2014 dengan jualan kumpulan melebihi 5Juta pada tahun 2014.

Mission 6016 – Massive Recruitment

25hb Disember 2015 @ Holiday Villa Subang Jaya.

Kali pertama “Annual Planning Workshop, APW” di adakan di hotel yang serba lengkap, tahun tahun sebelumnya, walaupun tarikhnya sama, APW kami hanya diadakan di Prudential Training Academy, Ukay Perdana ataupun training room di Damansara Intan sahaja.

Jumlah rakan niaga kami semakin bertambah, itu saja tujuan diadakan di hotel ini, tempat lama sudah tidak mampu menyediakan ruang untuk pertambahan rakan rakan niaga Khalifah Group. Begitu juga dengan group JR Seven & Associates, alhamdulillah semakin ramai. Kalau dulu bermula dengan 5 orang pada tahun 2013, kini JR Seven & Associates mempunyai seramai 22 orang rakan niaga. Daripada 22 orang rakan niaga ini, alhamdulillah 18 orang dapat menghadirkan diri untuk membuat persediaan, perancangan perniagaan untuk tahun 2016.

Tahun 2016, Khalifah Group mensasarkan pertumbuhan besar jumlah rakan niaga, dan secara langsung, JR Seven & Associates juga mensasarkan untuk menambah seramai 25 Rakan Niaga Berkualiti pada tahun hadapan. Sasaran ini tidak dapat di capai dengan mudah, jika kami terus menerus melakukan tindakan sama seperti tahun tahun yang lalu. Sesuatu perubahan perlu di fikirkan dan dilakukan.

Kami amat memahami, ” For thing to change, I must change first “.

Dalam APW kali ini, kami di sarankan untuk “CHANGE” to good value.

Good Value :

  1. Hardworking – buat sesuatu dengan bersungguh sungguh, sepenuh hati
  2. Willingness to Learn – sentiasa bersedia untuk belajar, boleh diajar, nak belajar, bersedia untuk melaburkan wang ringgit untuk mendapatkan ilmu melalui training di Prudential ataupun training training di luar.
  3. Strive to do WELL – kena sentiasa bersikap untuk melakukan sehabis baik, mempunyai semangat Juara ( Championship Mentality )
  4. Deliver with QUALITY – sentiasa melakukan dengan penuh kualiti, memuaskan hati semua yang terlibat.
  5. Strong sense of “CHANGE” – sentiasa mempunyai sifat untuk berUBAH. Perubahan memang sukar, tapi kalau kita tidak berubah, keputusannya tetap sama.
  6. RESPECT – sentiasa menghormati semua orang, kecil, besar, tua, muda, kaya, miskin, kuat , lemah …semuanya.
  7. Shameful for imcompetence – sentiasa bersikap malu jika gagal melaksanakan sesuatu dengan jayanya, dengan cara begini kita akan berusaha bersungguh sungguh, melakukan sehabis baik dan penuh kualiti, kerana kegagalan adalah sesuatu yang memalukan.
  8. Sacrifice – pengorbanan itu perlu, untuk mendapat sesuatu , pasti akan ada pengorbanan yang perlu kita lakukan, bersedia untuk berkorban.
  9. Grateful – Bersyukur
  10. Giver – memberi. Memberi yang terbaik.

 

 

Soalan terakhir, soalan kelima daripada 5 soalan penting untuk mengenal pasti betapa kuat visi anda? @JR Seven & Associates we share more in details.

Uji imaginasi anda, Visi adalah berkaitan dengan masa depan.

Soalan kelima adalah :

Bagaimana anda akan lakukan sekarang, jika semua gol atau visi anda telah tercapai? apakah reaksi anda?

How will you behave now as of these goals are already achieve?

Bayangkan anda telah mencapainya, apa yang anda lakukan sekarang?

Soalan keempat daripada 5 soalan penting untuk mengenal pasti betapa kuat visi anda? @JR Seven & Associates we share more in details.

Setiap apa yang di muka bumi , memang ada pakej, leader kami selalu, ” life is about choices, whatever you choose, there is always have their own packages ”

Sama juga dengan “mencapai visi” kita nanti… ada pakej untuk capai visi tersebut..Visi tiga tahun anda seperti di dalam soalan yang pertama tadi.

so, soalan keempat adalah :

Apa yang anda akan lakukan dengan bersungguh sungguh dalam tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga?

What will you commit to in first, second and third year?

Soalan ketiga daripada 5 soalan penting untuk mengenal pasti betapa kuat visi anda? @JR Seven & Associates we share more in details.

Soalan ketiga adalah hubungkait dengan soalan pertama dan kedua,

setelah anda mencapai gol yang anda sasarkan, apa yang anda “dapat”?

what will you get, when you reach it?

cari jawapan untuk soalan ini, keranan soalan ini amat penting, jawapan anda sebolehnya mempunyai elemen elemen menggunakan ke lima lima pancaindera anda :

  1. Telinga .. apa yang anda dengar?
  2. Mata .. apa yang anda nampak?
  3. Hidung .. apa yang anda bau?
  4. Lidah .. apa yang anda kata?
  5. Kulit .. apa yang anda rasa?

Soalan kedua daripada 5 soalan penting untuk mengenal pasti betapa kuat visi anda? @JR Seven & Associates we share more in details.

Soalan kedua untuk anda jawap untuk menguatkan visi anda adalah:

Jika anda mempunyai gol anda yang tersendiri , apa gol yang anda betul betul nak capai?

What are the personal goals in life you really want to achieve?

Kadang kadang gol yang kita nak capai, terlalu banyak, ada yang untuk diri sendiri, ada yang untuk keluarga, anda untuk mak ayah, ada untuk masyarakat dan sebagainya.

cari jawapan ni, insyaallah visi anda semakin kuat. semakin kuat visi anda , semakin senang anda berjaya.

Satu soalan daripada 5 soalan penting untuk mengenal pasti betapa kuat visi anda? @JR Seven & Associates we share more in details.

Menghampiri tahun baru, tahun 2016 yang tinggal beberapa hari saja lagi, ada mula mencari cari target, vision, mission, goals atau apa saja rancangan untuk menghampiri impian dan cita cita masing masing.

Kalau kita cuba ungkit apa perancangn kita tahun 2015, mungkin ada yang berjaya , mungkin ada yang gagal atau dilupakan, tapi apa sekalipun keputusannya, yang berlalu tak mungkin kita dapat ulang semula.

Past already passed, let’s focus to the future.

Sebelum tu, untuk kita memastikan perkara impian kita pada tahun 2016 nanti tidak kecundang seperti impian impian yang lepas, ada 5 soalan yang kami rasa, patut kita sama sama renungkan dan cari penyelesaiannya. soalan yang akan menentukan betapa kuat visi kita, kerana kalau kita mempunyai visi yang kuat, kita tak akan dengan mudah menyerah kalah, tak akan mudah berputus asa.

Visi yang kuat adalah penentu kejayaan kita untuk mencapai impian kita.

Soalan yang pertama :

Dengan membuat andaian kita tak akan gagal dalam apa juga yang kita ceburi, apa yang kita kehendaki dalam masa tiga tahun dari sekarang?

Assuming you cannot fail, what do you want in three years ?

Fahami soalan ini dan cari jawapan untuk soalan ini, insyaallah ianya akan membantu menguatkan visi anda semua.